Long time no see...no time to write something in my blog....yup..but i try to spend my time to write my entry today...although my assignment is not done yet, with the final exam is around the corner...now i want to tell you my trip to terengganu and kelantan during last school holidays in december 2009...
(translated to malay...)
seperti biasa, ayah akan bawa kami berjalan-jalan kalau ada cuti sekolah yang panjang... dan nampaknya ayah nak pergi ke terengganu dan kelantan..ada kerja sikit... kami faham maksud ayah... sebenarnya kami dah pernah pergi ke terengganu dan kelantan sebelum ni... selalunya kami transit/tinggal di rumah mak cik di gong badak, terengganu, dalam seminggu... masa ni lah kami nak pergi jalan-jalan ke tempat-tempat menarik atau bersejarah...
tapi kami tak berminat sangat dengan membeli-belah atau sebagainya... kami lebih berminat dengan tempat-tempat bersejarah...atau lebih senang dikenali sebagai kubur-kubur lama...yakni makam-makam para ulama dan wali Allah...
di terengganu sebenarnya ada banyak makam-makam macam ni... tapi selalunya 2 makam ni yang kami selalu lawat...sebab dekat dan mudah...kerana terletak di kawasan rumah orang..makam yang lain payah skit...ada yang kat atas bukit...ada yang kena seberang sungai (berhampiran empangan kenyir,naik bot)... dan banyak lagi...
Makam Tok Ku Paloh
Ini makam pertama yang kami lawat...salah seorang ulama yang tersohor diterengganu... untuk tahu lebih lanjut.. check website wikipedia ni... (betul cerita ni)
gambar-gambar makam tokku paloh....
MAkam Tok Ku Pulau MAnis
selepas ni kami pergi ke satu makam lagi.. makam tokku pulau manis...siapa beliau... tengoklah gambar-gambar kat bawah ni....
nampaknya 2 makam ni je yang dapat kami ziarah... nampaknya takde rezeki nak lawat makam yang lain..perjalanan kami disambung pada hari esok...ke kelantan plak..
kalau dah ke kelantan, mestilah lawat makam tok kenali...memang famous tok kenali ni...ulama yang terkenal di kelantan...bawah ni gambar-gambar kat makam tok kenali...
Makam Tok Kenali
Pandangan dari luar
Perempuan dilarang masuk, lelaki je boleh...Sedihnya...*_*
Makam Tok Kenali(nesan- batu sungai besar)
Lepas tu kami jalan-jalan lagi...ke muzium tok kenali, dewan tok kenali dan masjid tok kenali plak...agak menyedihkan tempat ni tak berjaga...orang kampung tak sepakat...gara-gara beza fahaman... sayang peninggalan bersejarah macam ni tak dijaga...
Alhamdulillah....memang rezeki kami agaknya...kami dapat berjumpa dengan cucu tok kenali, yang jugak dikenali sebagai tok kenali yang keempat...apa lagi..kami tak melepaskan kesempatan bergambar dengan beliau...bukan senang nak jumpa orang-orang berilmu agama tinggi ni... kami juga dijemput ke rumah beliau (juga dikenali sebagai pondok Tok Kenali)...ada sesi kuliah agama lagi... sebelum pulang kami dihadiahkan dengan sekotak kurma... memang murah rezeki hari tu...
Cucu Tok Kenali, Tn Hj Lokman, 2 dari kiri
Muka masing-masing tekun mendengar amanat yang disampaikan
Bergambar kat luar Pondok Tok Kenali
lepas tu kami ke bandar kota bharu pula...sekadar pusing keliling bandar...hajat hati nak lawat pasar siti khadijah...tapi ramai orang plak...akhirnya kami cuma lunch kat kedai luar bandar je...memandangkan bandar kota bharu tu dah penuh dengan manusia-manusia...
sampai sini je lah yang dapat ditulis untuk post kali ni...harap lepas ni dapat melawat makam-makam lain lagi...dapat menambah pengetahuan tentang ulama-ulama dan wali-wali Allah yang pernah ada di negara kita satu ketika dulu...ada juga manfaatnya...wassalam...
p/s: entri ni terpaksa diterjemahkan dalam BM memandangkan agak payah untuk cerita ini ditulis dalam BI...(ayat skema)